Marquee

الى النجاح بالقرأن ~ Ke Arah Kejayaan Dengan Al-Quran

Waktu Solat Jakim

Sunday, 29 December 2013

Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama SMAN/SABK/SMAR Negeri Perak 2013. v.2

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH.. diucapkan kepada pasukan Bola Sepak, Sepak takraw dan Badminton SEMENTAK atas kesungguhan bermain dalam pertandingan Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama SMAN/SABK/SMAR Negeri Perak 2013. 

Ini merupakan penyertaan kali pertama SEMENTAK ke Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama SMAN/SABK/SMAR Negeri Perak. 

Menang dan kalah adat perlawanan..Walaupun gagal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya, tetapi mereka berjaya memberi saingan yang hebat kepada pihak lawan.Bukan kemenangan yang menjadi idaman, tetapi pengalaman yang berharga yang akan paling utama untuk digunakan di masa yang akan datang. Di harap SEMENTAK akan terus ke hadapan pada masa yang akan datang.






~ Ke arah  kejayaan dengan Al-Quran

Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama SMAN / SMAR / SABK Negeri Perak 2013

12 - 14 & 19 - 21 April 2013

Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama SMAN / SMAR / SABK Negeri Perak 2013 telah berlangsung untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri para pelajar. Walaupun sibuk dengan pembelajaran di sekolah, namun pasukan dari SEMENTAK tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan yang dipertandingkan. Ini merupakan penyertaan pertama pelajar SEMENTAK dalam pertandingan yang berprestij ini.

SEMENTAK telah menghantar pasukan badminton, sepak takraw dan bola sepak yang dianggotai oleh para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang amat berbakat. Pasukan Sepak Takraw SEMENTAK telah bertanding di Madrasah Islamiah Kuala Kangsar dan pasukan Bola Sepak SEMENTAK telah bertanding di Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, manakala pasukan badminton SEMENTAK telah bertanding di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Gajah.

Berkat usaha dan kesungguhan yang dipamerkan oleh para pelajar mereka berjaya memperoleh pengalaman yang sangat berharga. Walaupun gagal memperoleh kemenangan, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar amat disanjung. Semoga pasukan badminton, Sepak Takraw dan Bola Sapak SEMENTAK akan melakarkan kejayaan yang cemerlang pada masa yang akan datang.










~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran







Monday, 18 March 2013

14 Mac 2013

Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah dan SEMENTAK bertemu buat pertama kalinya pada tahun ini di Stadium Felda Lasah bagi pertandingan persahabatan Bola Sepak bawah 15 tahun.

Alhamdulillah berkat latihan yang berterusan yang diberikan oleh Ustaz Muzhafar bin Mustapa Kamal, SEMENTAK telah menjuarai pertandingan persahabatan dengan mata 2 berbalas 1. Gol kemenangan telah dijaringkan oleh Muhammad Hazim bin Mohd Dali dan Muhammad Alif Farhan bin Mohd Ridzuan. 

Walaupun pasukan bola sepak Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah hanya berjaya menjaringkan 1 gol, tetapi mereka telah mempamerkan permainan yang baik dan berjaya memberi saingan kepada pasukan bola sepak SEMENTAK. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan sangat membanggakan. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang.

Sekalung tahniah diberikan atas usaha yang telah ditunjukkan. Semoga pasukan Bola Sepak SEMENTAK akan terus melakarkan kejayaan yang cemerlang untuk masa yang akan datang.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran
11 - 14 Mac 2013

Buat julung-julung kalinya, SEMENTAK telah menghantar 4 orang pelajar yang di bimbing oleh Cik Hazreen binti Abdul Hamid untuk menyertai acara Badminton dalam Pertandingan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) . Para pelajar yang terlibat ialah Mohamad Zulfiqar Ikmal bin Zakaria, Muhammad Khairul Iqbal bin Mohamad Zakaria, Muhammad Anwar Edzudin bin Khidzir dan Shazriel Yushamiel bin Md Yusoff. Tidak dilupakan Abdullah bin Jali dan Afnan Hamimi bin Khairi selaku pemain simpanan. 

Berbekalkan ilmu dan kemahiran yang ada, para pelajar telah berusaha untuk menewaskan pihak lawan. Menjadi adat pertandingan, ada pasukan yang tewas dan ada pasukan yang menang. Walaupun SEMENTAK gagal menguasai semua perlawanan, tetapi para pelajar telah mendapat pengalaman yang amat berharga. Semoga para pelajar akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk masa yang akan datang.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran
8 Mac 2013

Tanggal 1 Ogos 2012, Cikgu Norhaliza menjejakkan kaki ke SEMENTAK. Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah diberikan sebagai amanah untuk mendidik  anak-anak tahfiz. Sayangnya, tanggal 8 Mac 2013, Cikgu Haliza terpaksa meninggalkan SEMENTAK kerana mendapat tawaran sebagai Cikgu INTERIM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Remis, Perak.

Cikgu Norhaliza ialah seorang cikgu yang lemah-lembut, tetapi di dalam kelembutan beliau terselit ketegasan dalam mendidik anak-anak tahfiz. Beliau juga seorang yang yang komited pada kerja dan berfikiran optimistik. 

Kehilangan Cikgu Haliza sangat dirasai. Pahit, manis, suka dan duka yang dilalui bersama akan kekal di ingatan kami warga SEMENTAK. Terima kasih cikgu. Semoga Allah membalas segala jasa yang telah cikgu berikan sepanjang cikgu berkhidmat di sini.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi





~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran